This is Mykad

This is mykad .

Inilah dialog popular yang disebut oleh seorang pelakun dalam salah sebuah sitkom popular tanahair. Aku cukup suka melihat watak yang dibawa oleh Imuda dalam sitkom tersebut. Watak lelaki lembut. Apa tajuk sitkom tersebut ? Aku lupalah... 

Perkataan my card sudah bertukar menjadi mykad. Dulunya my card bermaksud kad kepunyaan saya. Sekarang myKad sudah menjadi identiti rasmi kad pengenalan rakyat Malaysia.

Bayi yang baru lahir pun sudah boleh memiliki pengenalan diri rasmi iaitu myKid. Apbila cukup umur 12 tahun, mereka perlu ada myKad warna biru. Ketika berumur 18 tahun, setiap warganegara perlu menukar myKad mereka.   

Aku tampilkan rupa myKad yang aku jumpa di internet. Aku tidak tahu siapa tuan empunya kad ini. Inilah rupanya myKid.





Apa akan berlaku jika kita sebut ayat "This is myKid" sambil kita hulurkan kad kita. Ha ha ha ..

Korang boleh bayangkan suasana itu ? Eh, apa yang hebat sangat pasal MyKad ni ?

0 comments:

Post a Comment

Terima kerana sudi membaca dan memberi ulasan.