Jom Aktifkan Diri.

Gemuk ?

Obesiti ?

Semua orang tidak berapa suka akan perkataan ini.  Kenapa ? Kerana ia membawa maksud besar. Saiz badan yang besar. Orang perempuan paling takut dengan sebutan gemuk.

Kenapa takut gemuk ?

Jika gemuk kelihatannya seperti tidak cantik. Sukar bergerak. Banyak pakaian tidak boleh dipakai,

Betul kah tanggapan gemuk itu tidak cantik ?


Cam comel je ! Ha ha ha .... Kanak-kanak memang nampak comel. Bagaimana dengan anak dara ?


Oh , tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk....! Ha ha ha ...... tidak sanggup aku menatapnya. Patutlah ramai perempuan takut gemuk. Ramai orang takut gemuk namun tidak ramai yang mencegahnya. Ini buktinya.


Ada lagi buktinya.


Bermakna lebih 50% rakyat Malaysia gemuk. Kih kih kih ....

Apakah penyelesainya ?

1. Jom Aktifkan Diri - Jangan duduk melepap sahaja. Banyakkan aktiviti fizikal. Bekerja dan bergerak pantas. Kurangkan penggunaan lif dan eskelator, guna tangga. Berjalan kaki jangan guna kenderaan. Guna tenaga fizikal jangan guna mesin. Kekalkan kecergasan diri. Hidup aktif.

2. Kurangkan makan - Kurangkan pengambilan makanan. Jika rutin kita makan 5 kali sehari, sila kurangkan kepada 3 kali. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula tinggi terutamanya mereka yang hidup dalam keadaan tidak aktif dan tidak bersenam. 

3. Aktifkan diri dalam masyarakat. - ini akan menyebabkan anda sibuk dan kurang memikirkan pasal makan. Apabila anda terlibat aktif dalam aktiviti masyarakat pastinya anda akan menjaga penampilan diri. Anda akan lebih berdisiplin dalam mengawal diet anda.

4. Dapatkan nasihat pakar - Ini perlu untuk menentukan tahap kesihatan anda dan dapat membantu anda merangka sistem diet yang sesuai.

5. Amalkan sunnah Rasullah dalam kehidupan seharian terutama cara pemakanan Rasulullah..

Okaylah cukuplah setakat ini. Aku harap kalian berusaha mengurangkan berat badan dan kekal aktif dalam kehidupan.

2 comments:

Terima kerana sudi membaca dan memberi ulasan.